TOPIK 2 :- TAKSONOMI DAN DOMAIN
Bidang kognitif:
Pengetahuan, fakta-fakta, perangkaan, teori-teori, dan
kefahaman.
Tujuan:
Membina pemikiran kreatif
Peringkat-peringkat bidang kognitif :
PENGETAHUAN
PEMAHAMAN
APLIKASI
ANALISIS
SINTESIS
PENILAIAN
1. Peringkat Pengetahuan
Tujuan:
Mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa
berlaku perubahan.
Objektif umum:
Supaya pelajar tahu fakta / pengetahuan
Objektif khusus:
Menyatakan , melabelkan, menuliskan.
Ciri soalan:
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon adalah
menggunakan bahasa asal.
Contoh kata kerja:
Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan,
dll.
Contoh soalan:
Apakah maksud perkataan leka ? A. Malas B. Pandai C. Sakit
D. Cuai
2. Peringkat Kefahaman
Arasnya tinggi sedikit daripada
aras pengetahuan
Perkara penting:
Menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi.
Tujuan:
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkan
Objektif umum:
Supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaah
Objektif khusus:
Menjelaskan, menerangkan, menulis semula, merumus
Jenis :
Jelaskan , Bacakan, Bandingkan, Ringkaskan
Ciri soalan :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi
contoh atau ilusitrasi dalam bahasanya sendiri.
Contoh kata kerja:
Terangkan, jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dan sebagainya.
Contoh soalan:
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di
bawah. Ali seorang murid yang nakal dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu
menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya sia-sia. A. Ada ubi ada batas
B. Bagai mencurah air di daun keladi C. Ada undang di sebalik batu D. Banyak
udang banyak ragam
3. Peringkat Aplikasi
Menggunakan pengetahuan /
maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk maujud
(konkrit)
Objektif umum :
Menggunakan
Objektif khusus :
Menggunakan, menyelesaikan, mengira
Jenis :
Bagaimanakah , berikan Menekankan penggunaan kaedah, hukum,
prinsip dan teori.
Ciri soalan :
Memerlukan calon menyelesaikan masalah ‘non routine’ atau masalah baru. Ciri
soalan adalah ‘problem- solving’.
Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur
persamaan.
Contoh kata kerja :
Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan,
Kirakan,Demonstrasikan, dll.
Contoh soalan peringkat aplikasi:
1.Cara baik untuk meminjam pensil dari rakan .
·
" Lya, pinjam pensil kau.
Pensil kau mana? Aku nak guna". "Lya,boleh saya pinjam pensil
kamu?". Mengambil tanpa meminta kebenaran.
2. Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang bergaris.
·
Adakah sekolah kita memenangi
pertandingan itu? . Sekolah kita memenangi pertandingan itu. Ya, sekolah
kita memenangi pertandingan itu Ya, sekolah itu memenangi pertandingan itu
Sekolah kamu memenangi pertandingan itu.
4. Peringkat Analisis
Merujuk kepada kebolehan
menceritalan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa
bahagian.
Tujuan :
Menaakul sebab dan musabab (akibat) Meleraikan sesuatu
komunikasi kepada beberapa bahgian
Objektif umum : Mencerakinkan,
menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan fakta
Objektif khusus : Mencerakinkan,
mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur dan organisasi.
Contoh soalan :
Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria
dengan betul? Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja ? Kosa kata yang
digunakan Bezakan, Bandingkan , Asingkan, Tafsirkan, Klasfikasikan Sebab.
Mengapa?huraikan. Menaakul Mencerakinkan.
5. Peringkat Sintesis
Menguji kebolehan calon
mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/ idea-idea yang
berkaitan.
Tujuan :
Membentuk sesuatu yang baharu.
Objektif umum : Menulis
karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
Objektif khusus : Menggabungkan,
Mengubah, Mereka Cipta, Merancang, Menulis, Mencipta Kosa kata yang popular
digunakan : Gabungkan, Mereka Bentuk, Kumpulkan, Susunkan, Gubahkan,
Karangkan
Contoh :
Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi
masalah itu. Mencipta, Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan.
Contoh Soalan Peringkat Sintesis
:
Sabrina lahir pada 28 Febuari 1989. Tahun bilakah dia
menduduki peperiksaan awam SPM? 1999 2002 2003 2006 Susun semula
baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap. Budi
yang baik dikenang juga, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung
tanah, Pulau Pandan jauh ke tengah. ______________________________,
______________________________ , ______________________________ ,
______________________________ .
6. Peringkat Penilaian
Menguji kebolehan calon,
membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan pendapat sesuatu
pernyataan dan sebagainya.
Tujuan :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria
tertentu Objektif umum : menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif khusus : menilai, membuat pertimbangan
Jenis : Sejauh
mana, menilaikan, apa pendapat anda
Contoh :
Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut. Sejauh manakan
kebaikan menggunakan kereta ke kuliah?
Contoh Soalan peringkat Penilaian
:
Pada pendapat anda mengapakah setiap kumpulan mestilah
menghantar nama ahli kumpulan mereka awal? Supaya mereka dapat hadiah.
Menunjukkan mereka sangat berminat. Setiausaha sibuk pada bulan April nanti.
Kerana hanya 80 nama pertama akan diterima.
TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)
Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang
kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci
akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan afektifadalah lebih
kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Blom dan Bertam B. Masia.
Hierarki Kontinum afektif :
Penerimaan (pemerhatian)
·
Kesedaran,
kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih
Penerimaan (Pemerhatian) di
peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan
rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema,
atau rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara
afektif yang membawa kepada satu sistem nilai.
Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran
Kesanggupan menerima Perhatian yang terkawal, atau terpilih satu kontinum dari
yang pasif, hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau
rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada
rangsangan yang dipilihnya.
Membalas
·
Persetujuan
pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalas
Membalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu
benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini,
tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau
sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai,
tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.
Menghargai
·
Penerimaan
sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan komitmen (kepercayaan)
Tingkah laku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini
adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang
dihargainya. Kategori ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu ; Penerimaaan
sesuatu nilai lebih suka akan sesuatu nilai komitmen (kepercayaan).
Organisasi
·
Mengkonsepi
sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai
Penilaian Kebolehan
membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu
benda atau tingkah laku. Berdasarkan penghayatan / nilai estetik. Terdapat tiga
kategori : Penerimaan- murid menginginkan sesuatu yang baik. Pemilihan – usaha
memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. Penglibatan
Penilaian berdasarkan :
Objektif umum :
menghargai karya orang lain, menunjukkan sikap menjawap soalan dan menunjukkan
sikap kerjasama
.
Objektif khusus :
Berbincang dengan rakan dan dapat melapor dan mencadangkan.
Organisasi Pelajar boleh
mengorganisasikan/ mengaplikasikan nilai dalam organisasi. Dapat membezakan
nilai yang penting dan tidak penting.
Objektif am :
mampu mereka cipta.
Objektif khusus :
mampu menulis karangan Kategori organisasi Tanggapan – kebolehan menilai kepada
bentuk Organisasi – kebolehan menyatukan / mengaplikasikan nilai-nilai yang
berkaitan dan membentuk satu sistem.
Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai
·
Set am
dan perwatakan
Perwatakan Perubahan tingkah laku pelajar selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan
nilai-nilai. Perwatakan – disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.
No comments:
Post a Comment