Thursday, June 20, 2013

PERBEZAAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

PERBEZAAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN
KRITERIA
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
PENGUKURAN
Definisi
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.
Cara
Pentaksiran dilakukan semasa guru melakukan aktiviti, murid-murid akan di nilai dalam aktiviti tersebut
Pengujian dilakukan melalui soalan ujian yang dikemukakan
Melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod anekdot dan senarai semak.
Guna pelbagai cara untuk dapatkan data kuantitatif
Fungsi
Untuk memberi peluang kepada murid-murid dalam menguasai kemahiran yang telah diajarkan
Untuk melihat kesan hasil pembelajaran yang diperolehi oleh murid terhadap proses P & P yang dilakukan oleh guru.
Untuk membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan dan penggredan.
Untuk melihat kesan hasil pembelajaran yang diperolehi oleh murid terhadap proses P & P yang dilakukan oleh guru.
Prosedur
tiada
tiada
1.     Persediaan ujian
2.     Pentadbiran ujian
3.     Pemeriksaan jawapan
4.     Analisis ukuran
5.     Interprestasi penilaian
tiada
Contoh
Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Contoh, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
Seorang guru telah menjalankan ujian peperiksaan pertengahan tahun dan telah melihat peningkatan dalam subjek yang telah diajar.

Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual.







TOPIK 1 - PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN


Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.



Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.




Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

PENGUJIAN
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Contoh, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

PENGUKURAN
Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.

PENILAIAN
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru telah menjalankan ujian peperiksaan pertengahan tahun dan telah melihat peningkatan