NOTA KULIAH TOPIK 5
Terdapat tiga jenis penilaian bahasa dalam sistem pendidikan masa kini. Berikut adalah jenis penilaian bahasa:
1. Ujian Formatif dan Sumatif
2. Ujian Kefasihan dan Kemajuan
3. Ujian Bakat dan Pencapaian
Ujian Formatif dan Sumatif
1.1 Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
1.2 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
UJIAN KEFASIHAN
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
UJIAN KEMAJUAN
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
UJIAN BAKAT
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
UJIAN PENCAPAIAN
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
No comments:
Post a Comment