Saturday, July 6, 2013

SOALAN-SOALAN BERKAITAN DENGAN KAEDAH PENILAIAN BAHASA

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO )

1.    Penilaian melalui portfolio boleh didefinisikan sebagai.
A.   Kaedah yang digunakan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
B.   Kaedah yang digunakan untuk guru mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar
C.   Kaedah yang digunakan untuk membuat perjanjian pembelajaran yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu murid dan guru
D.   Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data hasil dari kutipan pencapaian pelajar.
Jawapan :- B

2.    Penilaian melalui portfolio merupakan laporan sama ada huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap ( betul/salah )
Jawapan :- Betul

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN )

1.    Penilaian melalui pemerhatian meliputi aspek______________, _____________, dan _____________.
Jawapan :- kognitif, afektif dan psikomotor

2.    Pelaksanaan penilaian melalui pemerhatian meliputi proses-proses berikut, kecuali.
A.   kualiti perancangan
B.   bentuk pemerhatian
C.   rekod pemerhatian
D.   pemerhatian kolaboratif
Jawapan :- D

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN )

1.    Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. ( betul/salah )
Jawapan :- Betul

2.    Berikut adalah cara penilaian kontrak pembelajaran digunakan iaitu meliputi aspek ___________________, _________________, ___________________, dan _________________.
Jawapan :- penilaian objektif tugasan, hasil pembelajaran, penilaian dan format/bentuk.

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB )

1.    Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai perkara yang diajar adalah merupakan_______________________.

Jawapan :- Proses pelaksanaan.
2.    Teknik soal jawab merupakan teknik yang digunakan untuk mengutarakan hujah dalam bentuk tulisan atau rekod. ( betul/ salah )
Jawapan :- salah

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI PROJEK )

1.    Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan projek. Susun mengikut keutamaan.
i.              Penilaian awal projek
ii.            Pelaksanaan strategi
iii.           Pemprosesan maklumat
iv.           Penentuan tajuk dan skop projek
v.             Penilaian hasil projek
A.   iv, i, ii, iii, iv
B.   i, iii, ii, v, iv
C.   iv, ii, iii, i, v
D.   ii, i, iv, iii, v
jawapan :- A

2.    __________________ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.

A.   Penilaian melalui projek
B.   Penilaian melalui pemerhatian
C.   Penilaian melalui kertas kerja
D.   Penilaian melalui prortfolio
Jawapan :- A

SOALAN ( PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA )

Penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan
1.    Berikut merupakan salah satu ciri-ciri yang berkaitan dengan.

A.   Penilaian melalui soal jawab
B.   Penilaian melalui kertas kerja
C.   Penilaian melalui portfolio
D.   Penilaian melalui projek
Jawapan :- B

2.    Organisasi kertas kerja mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan. Senaraikan 3 ciri-ciri tersebut.

1.____________________________________________________

2.____________________________________________________

3.____________________________________________________
 Jawapan :- 1. Implikasi pelaksanaan, 2. Penerangan terperinci tentang kertas kerja, 3. Lampiran ( Apendiks )





NOTA-NOTA TUGASAN KAEDAH PENILAIAN BAHASA

TUGASAN KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
  • Definisi : Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
  • Ciri-ciri portfolio
  1. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
  2. Dijalankan secara kolaboratif.
  3. Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
  4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
  5. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
  • Penilaian portfolio
  1. Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
  2. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
  3. Lebih terbuka dan seimbang.
  4. Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran.
  5. Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
  • Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
1. Portfolio kerja harian
  • Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
  • Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
2. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)
  • Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
  • Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.
3. Portfolio dokumen (Documentary Portfolio)
  • Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
  • Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
  • Kegunaan portfolio
  1. Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
  2. Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
  4. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar.
  5. Mempelbagaikan bukti penilaian.
  6. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
  • Perancangan sebelum membuat portfolio (perlu diambil kira)
  1. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
  2. Isi kandungan portfolio.
  3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan atau sumber portfolio dan bagaimana?
  4. Penilaian portfolio.
  • Cara membina portfolio
  1. Menentukan tujuan portfolio
  • Menghuraikan tujuan portfolio.
  • Menghuraikan instrumen portfolio.
  • Refleksi atau menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
2. Menentukan isi portfolio
  • Menghuraikan jenis atau aktiviti pembelajaran.
  • Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
  • Refleksi atau menyemak huraian bukti atau sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
  • Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
  • Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
  • Refleksi atau menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.

3. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar
di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
  • Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
  • Refleksi atau menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.
  • Mengumpul maklumat
  1. Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi maklumat, lawatan, temu bual.
2. Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam
fail.

Inti atau rumusan dari pelbagai sumber, imbas gambar, membentuk soal semak di komputer, menyambung gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
  • Bagaimana menilai portfolio?
  1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
  2. Menggunakan peta perkembangan pelajar .
  3. Contoh:
    E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
    J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
    A 3 Membentuk suku kata
    A 2 Menyebut bunyi huruf
    N 1 Permulaan mengenal huruf
  4. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .
  5. Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
  • Merekod penilaian portfolio
  1. Penilaian awal
  2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
  3. Senarai ciri paling penting.
  4. Penentuan gred
  • Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan.
  1. Peringkat perkembangan atau proses.
  2. Peringkat penilaian.
  3. Peringkat refleksi atau penutup.
  4. Sikap interaksi dan penglibatan.



SOALAN
1.    Penilaian melalui portfolio boleh didefinisikan sebagai.
A.   Kaedah yang digunakan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
B.   Kaedah yang digunakan untuk guru mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar
C.   Kaedah yang digunakan untuk membuat perjanjian pembelajaran yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu murid dan guru
D.   Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data hasil dari kutipan pencapaian pelajar.
Jawapan :- B
2.    Penilaian melalui portfolio merupakan laporan sama ada huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap ( betul/salah )
Jawapan :- Betul


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
·         Pengenalan :
- Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil.
- Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.
  • Pelaksanaan Proses Pemerhatian
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Rekod Pemerhatian
Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
ØBerpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
ØPeka terhadap perubahan.
ØYakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
ØIkhlas dan jujur.
ØBersikap terbuka.
ØTekal dan stabil.
  • Bentuk perancangan
  1. Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
  2. Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
  3. Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
  4. Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
  5. Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
  6. Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
  • Rekod Pemerhatian
Rekod pemerhatian yang diperlukan:
  1. Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
  2. Menjalankan Tugasan :- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
  3. Cara merekodkan dapatan dan rumusan :- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
  4. Tindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
  • Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan, iaitu:
a)Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- melapor apa yang dilihat sahaja.
- menggunakan tafsiran (hipotesis).
b)Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c)Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
- jangka waktu yang berperingkat.

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
  1. Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti/ dirancang.
  2. Menggunakan senarai semak.
  3. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
  4. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
  5. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
  6. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
  7. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
  8. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
  • Fungsi

a. Penilaian melalui pemerhatian:
digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.

c. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
d. Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong
atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang
positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?

Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’

a. Kecekapan linguistik/bahasa:
keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.

b. Kecekapan :
Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

c. Kecekapan muzik:
Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.

d. Kecekapan ‘bodily- Kinaesthetic’:
Berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

e. Kecekapan intrapersonal:
Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.

f. Kecekapan interpersonal:
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

SOALAN
1.    Penilaian melalui pemerhatian meliputi aspek______________, _____________, dan _____________.
Jawapan :- kognitif, afektif dan psikomotor
2.    Pelaksanaan penilaian melalui pemerhatian meliputi proses-proses berikut, kecuali.
A.   kualiti perancangan
B.   bentuk pemerhatian
C.   rekod pemerhatian
D.   pemerhatian kolaboratif
Jawapan :- D


PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
Pengenalan

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan

1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

3. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.

4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

5. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.

6. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

a. Penilaian objektif tugasan
b. Hasil Pembelajaran
c. Penilaian
d. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas



SOALAN
1.    Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. ( betul/salah )
Jawapan :- Betul
2.    Berikut adalah cara penilaian kontrak pembelajaran digunakan iaitu meliputi aspek ___________________, _________________, ___________________, dan _________________.
Jawapan :- penilaian objektif tugasan, hasil pembelajaran, penilaian dan format/bentuk.


PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

SOALAN
1.    Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai perkara yang diajar adalah merupakan_______________________.
Jawapan :- Proses pelaksanaan.
2.    Teknik soal jawab merupakan teknik yang digunakan untuk mengutarakan hujah dalam bentuk tulisan atau rekod. ( betul/ salah )
Jawapan :- salah


PENILAIAN MELALUI PROJEK
Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.





SOALAN
1.    Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan projek. Susun mengikut keutamaan.
i.              Penilaian awal projek
ii.            Pelaksanaan strategi
iii.           Pemprosesan maklumat
iv.           Penentuan tajuk dan skop projek
v.            Penilaian hasil projek
A.   iv, i, ii, iii, iv
B.   i, iii, ii, v, iv
C.   iv, ii, iii, i, v
D.   ii, i, iv, iii, v
jawapan :- A
2.    __________________ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.

A.   Penilaian melalui projek
B.   Penilaian melalui pemerhatian
C.   Penilaian melalui kertas kerja
D.   Penilaian melalui prortfolio
Jawapan :- A





PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA
Umumnya, kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan bagi menjalankan sesuatu projek dan sebagainya
Dalam bidang akademik penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja.
           a) Pengenalan dan Latar Belakang
           b) Tinjauan Bacaan
           c) Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja
           d) Implikasi Kewangan
           e) Proses Pelaksanaan
           f) Implikasi Pelaksanaan
           g) Keputusan dan Perbincangan
           h) Penutup
           i) Bibliografi/Rujukan
           j) Lampiran/Apendiks (Appendix)




SOALAN
Text Box: penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan
 





1.    Berikut merupakan salah satu ciri-ciri yang berkaitan dengan.

A.   Penilaian melalui soal jawab
B.   Penilaian melalui kertas kerja
C.   Penilaian melalui portfolio
D.   Penilaian melalui projek
Jawapan :- B

2.    Organisasi kertas kerja mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan. Senaraikan 3 ciri-ciri tersebut.

1.____________________________________________________

2.____________________________________________________

3.____________________________________________________

 Jawapan :- 1. Implikasi pelaksanaan, 2. Penerangan terperinci tentang kertas kerja, 3. Lampiran ( Apendiks )