TUGASAN
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN
MELALUI PORTFOLIO
- Definisi : Portfolio ialah satu kaedah
yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
- Ciri-ciri portfolio
- Berbentuk dokumentasi yang berstruktur
memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
- Dijalankan secara kolaboratif.
- Terdapat fleksibiliti dalam portfolio
melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
- Menggalakkan pembelajaran secara
interaktif.
- Kandungan portfolio, terdiri daripada
maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
- Berfokus kepada proses, dan tidak
memberatkan hasil.
- Membolehkan peserta kursus belajar dan
menilai diri sendiri.
- Lebih terbuka dan seimbang.
- Dipantau melalui peta perkembangan
pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti
pembelajaran.
- Dijalankan secara berterusan supaya
dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut
kriteria yang dipersetujui bersama
- Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
1. Portfolio kerja harian
- Merupakan bahan yang dikumpul untuk
menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
- Contoh : soalan latihan atau
tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
2. Portfolio Hasil Terbaik (Show
Portfolio)
- Dipilih dari hasil terbaik dari
portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
- Contoh : soalan-soalan latihan yang
telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.
3. Portfolio dokumen (Documentary
Portfolio)
- Merupakan hasil tugasan kecil yang
dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangka masa tertentu untuk
menyempurnakan portfolio kerja harian.
- Contoh: satu karangan hasil daripada
pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
- Guna menggunakan bukti portfolio bersama
rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
- Mengekalkan galakan pelajar untuk
mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa
bangga dengan hasil pencapaiannya.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat refleksi dan penilaian kendiri.
- Membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran pelajar.
- Mempelbagaikan bukti penilaian.
- Membolehkan penilaian dalam bidang
afektif.
- Perancangan sebelum membuat portfolio
(perlu diambil kira)
- Soalan-soalan untuk menentukan tujuan
dan seterusnya jenis portfolio.
- Isi kandungan portfolio.
- Siapa yang akan memilih isi kandungan,
bahan atau sumber portfolio dan bagaimana?
- Penilaian portfolio.
- Menentukan tujuan portfolio
- Menghuraikan tujuan portfolio.
- Menghuraikan instrumen portfolio.
- Refleksi atau menyemak huraian tujuan
dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
2. Menentukan isi portfolio
- Menghuraikan jenis atau aktiviti
pembelajaran.
- Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
- Refleksi atau menyemak huraian bukti
atau sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran
pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
- Memastikan kriteria ini jelas dan mudah
difahami.
- Memastikan kriteria ini tidak memihak
kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
- Refleksi atau menyemak huraian fokus dan
kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.
3. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian
pelajar
di peta perkembangan
pembelajaran pelajar.
- Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan
laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan
pembelajaran pelajar.
- Refleksi atau menyemak huraian keadah
membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.
- Mengumpul maklumat
- Pelajar mencari dan mengumpul maklumat
dari pelbagai aktiviti.
Penyelidikan dan rujukan
dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi maklumat, lawatan, temu bual.
2. Pelajar mendokumentasikan
maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam
fail.
Inti atau rumusan dari pelbagai sumber, imbas gambar, membentuk soal semak di
komputer, menyambung gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
- Bagaimana menilai portfolio?
- Berdasarkan konsep perkembangan
pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar
dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
- Menggunakan peta perkembangan pelajar .
- Contoh:
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
- Menggunakan inferens dengan rekod
menimbang pelbagai bukti .
- Membuat laporan sama ada secara huraian
atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah
ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
- Merekod penilaian portfolio
- Penilaian awal
- Penilaian merentasi tugas bertulis
mengikut skala.
- Senarai ciri paling penting.
- Penentuan gred
- Senarai semak porfolio- Penilaian
peringkat perancangan.
- Peringkat perkembangan atau proses.
- Peringkat penilaian.
- Peringkat refleksi atau penutup.
- Sikap interaksi dan penglibatan.
SOALAN
1.
Penilaian melalui portfolio boleh
didefinisikan sebagai.
A. Kaedah
yang digunakan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
B. Kaedah
yang digunakan untuk guru mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar
C. Kaedah
yang digunakan untuk membuat perjanjian pembelajaran yang ditandatangani oleh
kedua-dua pihak iaitu murid dan guru
D. Kaedah
yang digunakan untuk menganalisis data hasil dari kutipan pencapaian pelajar.
Jawapan
:-
B
2.
Penilaian melalui portfolio merupakan laporan
sama ada huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap (
betul/salah )
Jawapan :- Betul
PENILAIAN
MELALUI PEMERHATIAN
·
Pengenalan :
- Dilakukan secara
berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Meliputi aspek kognitif,
afektif dan psikomotor.Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak,
Rekod Anekdot dan Rekod Profil.
- Dapatan daripada proses
ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.
- Pelaksanaan Proses Pemerhatian
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Rekod Pemerhatian
Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
ØBerpengetahuan yang
mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
ØPeka terhadap perubahan.
ØYakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
ØIkhlas dan jujur.
ØBersikap terbuka.
ØTekal dan stabil.
- Perancangan harus rapi dengan penyataan
yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
- Mengenal pasti aspek yang hendak
dinilai.
- Menetapkan jangka waktu proses
penilaian.
- Menyedia alat yang relevan, dan
menentukan bagaimana mentadbirnya.
- Menentukan teknik menganalisis,
mentafsir, merekod, dan melapor.
- Merangka tindakan susulan terhadap hasil
pemerhatian.
Rekod pemerhatian yang
diperlukan:
- Pendekatan: kaedah individu atau
berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau
pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
- Menjalankan Tugasan :- Cara individu
mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan
tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan :-
Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindak susul : Rekod pemerhatian
hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan
mengikut hasil yang dicapai.
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau
diperhatikan, iaitu:
a)Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- melapor apa yang dilihat sahaja.
- menggunakan tafsiran (hipotesis).
b)Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c)Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
- jangka waktu yang berperingkat.
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya
ialah:
- Secara berterusan mengikut keperluan
yang telah dikenal pasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Pemerhatian boleh dilaksanakan secara
global atau analitikal.
- Proses merekod dan menganalisis boleh
dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
- Tindakan susulan terhadap hasil
pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai
dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru
dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan
dikategorikan sebagai pemerhatian.
a. Penilaian melalui pemerhatian:
digunakan oleh guru untuk
mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak
susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
c. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan
afektif pelajar.
d. Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang
mendorong
atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang
positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa yang
tersirat?
Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu
pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
CONTOH 1 : Penggunaan Alat
Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan,
merangsang, atau menyampaikan maklumat.
b. Kecekapan :
Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan
perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
c. Kecekapan muzik:
Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily- Kinaesthetic’:
Berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
SOALAN
1. Penilaian
melalui pemerhatian meliputi aspek______________, _____________, dan
_____________.
Jawapan :-
kognitif, afektif dan psikomotor
2. Pelaksanaan
penilaian melalui pemerhatian meliputi proses-proses berikut, kecuali.
A. kualiti
perancangan
B. bentuk
pemerhatian
C. rekod
pemerhatian
D. pemerhatian
kolaboratif
Jawapan :-
D
PENILAIAN
MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
Pengenalan
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian
Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara
guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan
secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak
bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya
terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
Cara Pelaksanaan
1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan.
3. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian
Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru
dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara
bertulis.
4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi
berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
5. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan
kriteria yang ditentukan.
6. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap
keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
tersebut.
Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
a. Penilaian objektif tugasan
b. Hasil Pembelajaran
c. Penilaian
d. Format / Bentuk
Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut
keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan
kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya
sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi
terancang dan jelas
SOALAN
1. Penilaian
melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran
merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan
pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara
bertulis. ( betul/salah )
Jawapan :-
Betul
2. Berikut
adalah cara penilaian kontrak pembelajaran digunakan iaitu meliputi aspek
___________________, _________________, ___________________, dan
_________________.
Jawapan
:-
penilaian objektif tugasan, hasil pembelajaran, penilaian dan format/bentuk.
PENILAIAN
MELALUI SOAL JAWAB
Teknik soal jawab merupakan
teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan
interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat
dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan
dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar
berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.
SOALAN
1. Soalan-soalan
yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan
menilai perkara yang diajar adalah merupakan_______________________.
Jawapan :-
Proses pelaksanaan.
2. Teknik
soal jawab merupakan teknik yang digunakan untuk mengutarakan hujah dalam
bentuk tulisan atau rekod. ( betul/ salah )
Jawapan
:-
salah
PENILAIAN
MELALUI PROJEK
Pengenalan
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar
mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik
darjah.
Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang
benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan
projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang,
integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Jenis-jenis penilaian Projek
1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau
bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana
dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
SOALAN
1. Berikut
adalah langkah-langkah untuk menjalankan projek. Susun mengikut keutamaan.
i.
Penilaian awal projek
ii.
Pelaksanaan strategi
iii.
Pemprosesan maklumat
iv.
Penentuan tajuk dan skop projek
v.
Penilaian hasil projek
A. iv,
i, ii, iii, iv
B. i,
iii, ii, v, iv
C. iv,
ii, iii, i, v
D. ii,
i, iv, iii, v
jawapan :-
A
2. __________________ialah
satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
A. Penilaian
melalui projek
B. Penilaian
melalui pemerhatian
C. Penilaian
melalui kertas kerja
D. Penilaian
melalui prortfolio
Jawapan :-
A
PENILAIAN
MELALUI KERTAS KERJA
Umumnya, kertas kerja
ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti
yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu
peruntukan kewangan atau kelulusan bagi menjalankan sesuatu projek dan
sebagainya
Dalam bidang akademik penulisan
'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada
penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu
penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat
seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan
penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau
hasil penyelidikan orang lain.
Organisasi kertas kerja
dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara
yang ditambah di dalam kertas kerja.
a) Pengenalan dan Latar Belakang
b) Tinjauan Bacaan
c) Penerangan yang terperinci tentang
tujuan kertas kerja
d) Implikasi Kewangan
e) Proses Pelaksanaan
f) Implikasi Pelaksanaan
g) Keputusan dan Perbincangan
h) Penutup
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran/Apendiks (Appendix)
SOALAN
1. Berikut
merupakan salah satu ciri-ciri yang berkaitan dengan.
A. Penilaian
melalui soal jawab
B. Penilaian
melalui kertas kerja
C. Penilaian
melalui portfolio
D. Penilaian
melalui projek
Jawapan :-
B
2. Organisasi
kertas kerja mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan. Senaraikan 3 ciri-ciri
tersebut.
1.____________________________________________________
2.____________________________________________________
3.____________________________________________________
Jawapan :- 1. Implikasi pelaksanaan, 2.
Penerangan terperinci tentang kertas kerja, 3. Lampiran ( Apendiks )