Thursday, June 20, 2013

TOPIK 1 - PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN


Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.



Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.




Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

PENGUJIAN
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Contoh, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

PENGUKURAN
Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.

PENILAIAN
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru telah menjalankan ujian peperiksaan pertengahan tahun dan telah melihat peningkatan 

No comments:

Post a Comment