Thursday, October 17, 2013

NOTA KULIAH TOPIK 13 & 14 :- PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI – CIRI
• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA 
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip 
Penilaian Berasaskan Sekolah

 Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, 
siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan 
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh 
pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi 
matapelajaran berkenaan.
 Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
 Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
 Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

 Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek 
PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.





PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c.  Rumusan



Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.
Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.

NOTA KULIAH TOPIK 12 :- PENILAIAN BERASASKAN PROJEK

PENILAIAN BERASASKAN PROJEK :- MENGGUNAKAN INSTRUMEN DALAM PENILAIAN

DEFINISI BROSUR
- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)
Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

DEFINISI POWER POINT
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.
MATLAMAT
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.



IKLAN:
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.
ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio


POSTER:
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 


LAMAN WEB:
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

NOTA KULIAH TOPIK 11 :- PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran
  • Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
  • Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran
  • adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
  • Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”
B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game
b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru
c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW

- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka. 

Wednesday, October 2, 2013

NOTA KULIAH TOPIK 10 :- PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA 

A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu 
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi 
sampingan. 
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN


· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. 
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK


· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH


· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. 
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM


§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT


ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya. 
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan. 
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.

G) PIDATO

v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.

NOTA KULIAH TOPIK 9 :- PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA MELALUI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

  • Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
  • Kemahiran mendengar
    =Kemahiran paling asas
    =Berlaku pada peringkat penerimaan
    =Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.
  • Kemahiran bertutur
    =Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
    =Peringkat penglahiran
    =Perlu ditiru & diajuk
    =Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

  • Tujuan kemahiran lisan :
  1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
  2. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
  3. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
  4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
  5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.
  • Kemahiran-kemahiran yang boleh
  1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
  2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
  3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
  4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
  5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
  6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
  • Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
  1. bacaan kuat
  2. syarahan
  3. perbahasan
  4. bercerita
  5. perbincangan
  6. hafazan
  7. temu bual
  8. soal jawab
  9. nyanyian
  10. deklamasi sajak
  11. mendengar dan memberi respon secara lisan
  • Penilaian lisan membolehkan guru :
  1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
  2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
  3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
  4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
  5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
  • Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
  • Cth : PLBS
  • menyediakan instrumen
  1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
  3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
  4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


· Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

· Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap


KEMAHIRAN MEMBACA

  • penggunaan bahasa yang tepat.
  • kelancaran berbahasa yang baik.
  • penggunaan intonasi yang betul.
  • sebutan dan jeda yang tepat.

KEMAHIRAN MENULIS

  • Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti
    —Karangan
    —Laporan projek/kerja kursus/folio
    —Latihan dan ujian bertulis
    —Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
  • Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
    —Kemahiran menulis
    —Menyusun idea
    —Penggunaan tanda baca
    —Perbendaharaan kata
    —Mengaplikasi
    —Mentafsir Menilai
  • Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
    —Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
    —Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
    —Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
    —Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
    —Skema pemarkahan disediakan
  • Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
  • Mengesan serta merta
-Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)
  • mengesan kemajuan
-Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif
  • mengesan pencapaian

-Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor ) 
· Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

· Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

NOTA KULIAH TOPIK 8 :- KEMAHIRAN PENILAIAN BAHASA

KEMAHIRAN PENILAIAN BAHASA MELALUI PROJEK

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan
Penilaian ini merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).
Ciri-ciri penilaian projek
  • Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
  • Berbentuk jangka panjang
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
  • Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar.
  • Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan secara koperatif.
  • Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
  • Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • Menilai pelajar dari segi :
-kreativiti,
-kemahiran merancang,
-integrasi pengetahuan,
-kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
-pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu
-melaksana dan menghasilkan sesuatu
-pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
-aktiviti yang bermakna
  • Dengan itu, penilaian projek ini dapat:
-mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar
-memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik
-membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik mungkin.
Jenis-jenis penilaian projek
  • Latihan dan soalan ’open ended’ untuk pelajar hasilkan secara lisan dan bertulis (main peranan)
  • Extended tasks assignment-menulis puisi, menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
  • Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi
  • Tugasan prestasi-drama, lakonan, persembahan dan model.


Tuesday, October 1, 2013

NOTA KULIAH TOPIK 7 :- KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN


Konsep Kontrak Pembelajaran:

1. Perjanjian Pembelajaran
2. Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan )
3. Dibuat secara bertulis
4. Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
5. Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
6. Kriteria ditetapkan oleh guru

Kriteria Yang Berkaitan:

1. Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
2. Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
3. Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
4. Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut

Fungsi:
1. Pelajar mengenal pasti & merekod
2. Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
3. Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
4. Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
5. Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
6. Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai
7. Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing2
8. Hasilkan kerja yang terancang
9. Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

Bagaimana Ia Digunakan?
1. Penilaian objektif tugasan
2. Hasil pembelajaran
3. Penilaian
4. Format / bentuk

Penilaian Objektif Tugasan:
1. Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
2. Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai
3. Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana2 yang difikirkan paling sesuai

Hasil Pembelajaran:
1. Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb
2. Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

Penilaian:
1. Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
2. Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
3. Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat2 / kriteria tertentu
4. Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya.

Format/Bentuk:
1. Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat.
2. Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi.
3. Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas.



NOTA KULIAH TOPIK 6 :- KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PORTFOLIO


Pengenalan:
-Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Ciri-Ciri Portfolio:
1. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti
2. Dijalankan secara kolaboratif.
3. Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
5. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.

Penilaian Portfolio:
1. Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
2. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
3. Lebih terbuka dan seimbang
4. Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
5. Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio:
1. Portfolio kerja harian
-Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
2. Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio
-Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.
3. Portfolio dokumen/ Documentary Portfolio
-Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.

Kegunaan Portfolio:
1. Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
2. Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
4. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
5. Mempelbagaikan bukti penilaian.
6. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

Perancangan Membuat Portfolio:
1. soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
2. Isi kandungan portfolio
3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
4. Penilaian portfolio.

Cara Membina Portfolio:
1. Menentukan tujuan portfolio
-Menghuraikan tujuan portfolio.
-Menghuraikan instrumen portfolio.
-Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
2. Menentukan isi portfolio
-Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.
-Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
-Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
-Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
-Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
-Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.
3. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
-Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
- Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

Mengumpul Maklumat:
1. Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan
cetak dan Teknologi maklumat.
- Lawatan
- Temubual
2. Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
-inti/rumusan dari pelbagai sumber
-Imbas gambar foto
-Bentuk soal semak di komputer
-Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

Bagaimana Menilai Portfolio
1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
2. Menggunakan peta perkembangan pelajar.
3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti.
4. Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Merekod Penilaian Portfolio:
1. Penilaian awal.
2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
3. Senarai ciri paling penting
4. Penentuan gred

Senarai Semak Portfolio:
1. Peringkat perkembangan/proses.
2. Peringkat penilaian.
3. Peringkat refleksi/
penutup.
4. Sikap interaksi dan penglibatan

KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PEMERHATIAN

Pengenalan:
1. Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2. Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian:
1. Kualiti Pemerhatian
-Guru perlu:
Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
Peka terhadap perubahan.
Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ikhlas dan jujur.
Bersikap terbuka.
Tekal dan stabil.
2. Bentuk Perancangan
-Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
-Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
-Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
-Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
-Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
-Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
3. Rekod Pemerhatian
-Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
-Menjalankan Tugasan : Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
-Cara merekodkan dapatan dan rumusan : Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
-Tindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Jenis-jenis Pemerhatian:
1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- melapor apa yang dilihat sahaja.
- menggunakan tafsiran (hipotesis).
2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
- jangka waktu yang berperingkat.

Strategi Pelaksanaan:
1. Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
2. Menggunakan senarai semak.
3. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
4. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
5. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
6. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
7. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
8. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian
1. Penilaian melalui pemerhatian:
-digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
-Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
-Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
3. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
4. Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran
yang diajarkan dan apakah yang mendorong
atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang
positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka?
- Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?

Contoh 1: Penggunaan Alat Pengukuran 'Rekod Anekdot'
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.
b. Kecekapan :
Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
c. Kecekapan muzik:
Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.