PERBEZAAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN,
PENILAIAN DAN PENGUKURAN
KRITERIA
|
PENTAKSIRAN
|
PENGUJIAN
|
PENILAIAN
|
PENGUKURAN
|
Definisi
|
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu
proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar
sendiri tentang kemajuan mereka.
|
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori.
|
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.
|
Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran
adalah membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran sejenis yang
ditetapkan sebagai satuan.
|
Cara
|
Pentaksiran dilakukan semasa guru melakukan
aktiviti, murid-murid akan di nilai dalam aktiviti tersebut
|
Pengujian dilakukan melalui soalan ujian
yang dikemukakan
|
Melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal
selidik, rekod anekdot dan senarai semak.
|
Guna pelbagai cara untuk dapatkan data
kuantitatif
|
Fungsi
|
Untuk memberi peluang kepada murid-murid
dalam menguasai kemahiran yang telah diajarkan
|
Untuk melihat kesan hasil pembelajaran yang
diperolehi oleh murid terhadap proses P & P yang dilakukan oleh guru.
|
Untuk membuat pentaksiran tentang
pencapaian murid untuk tujuan pemulihan dan penggredan.
|
Untuk melihat kesan hasil pembelajaran yang
diperolehi oleh murid terhadap proses P & P yang dilakukan oleh guru.
|
Prosedur
|
tiada
|
tiada
|
1.
Persediaan ujian
2.
Pentadbiran ujian
3.
Pemeriksaan jawapan
4.
Analisis ukuran
5.
Interprestasi penilaian
|
tiada
|
Contoh
|
Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh
menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
|
Contoh, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)
dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
|
Seorang guru telah menjalankan ujian
peperiksaan pertengahan tahun dan telah melihat peningkatan dalam subjek yang
telah diajar.
|
Kemahiran melukis
seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara
pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual.
|